Memetik kenyataan Marsha di Kosmo hari ini, bekas pelajar AF3 itu
tampil membuat penjelasan sebenar berhubung babak kontroversi di trailer
youtube.
Sebagai pelakon, beliau menegaskan cuba bersikap profesional dan
tidak akan mempertikaikan aksinya itu kerana babak terbabit sebenarnya
bukanlah seperti yang disangka ramai.
“Sebelum penggambaran bermula, pengarah awal-awal sudah beritahu saya terdapat babak atas katil bersama Wan Hanafi Su.
Dia menerangkan kepada saya tentang syot dan keperluan babak itu
secara terperinci. Sebagai pelakon, saya juga tidak mahu masalah timbul
di kemudian hari hanya kerana satu babak itu.”
Sementara itu dalam laporan sama, Wan Hanafi Su turut tampil membuat
kenyataan balas terhadap kritikan dan cacian yang dilemparkan peminat
kepada mereka berdua.Bagi pelakon veteran itu, babak sedemikian
sebenarnya bersifat mendidik bukannya nampak seperti filem lucah.
“Dalam skrip sebelum babak itu, bidan ada memberitahu, jika ingin
dapat anak harus mengangkat kaki isteri tinggi-tinggi, jadi hanya babak
itu yang dipaparkan.Tidak ada sebarang babak ghairah seperti yang
difikirkan orang ramai. Rasanya selepas tonton sepenuhnya filem ini,
tidak akan ada sebarang impak negatif kerana saya bukannya melakonkan
babak rogol.”
sumber : http://www.ceritaapakah.com/