Sebagai pelakon, beliau menegaskan cuba bersikap profesional dan tidak akan mempertikaikan aksinya itu kerana babak terbabit sebenarnya bukanlah seperti yang disangka ramai.
“Sebelum penggambaran bermula, pengarah awal-awal sudah beritahu saya terdapat babak atas katil bersama Wan Hanafi Su.
Dia menerangkan kepada saya tentang syot dan keperluan babak itu secara terperinci. Sebagai pelakon, saya juga tidak mahu masalah timbul di kemudian hari hanya kerana satu babak itu.”
Sementara itu dalam laporan sama, Wan Hanafi Su turut tampil membuat kenyataan balas terhadap kritikan dan cacian yang dilemparkan peminat kepada mereka berdua.Bagi pelakon veteran itu, babak sedemikian sebenarnya bersifat mendidik bukannya nampak seperti filem lucah.
“Dalam skrip sebelum babak itu, bidan ada memberitahu, jika ingin dapat anak harus mengangkat kaki isteri tinggi-tinggi, jadi hanya babak itu yang dipaparkan.Tidak ada sebarang babak ghairah seperti yang difikirkan orang ramai. Rasanya selepas tonton sepenuhnya filem ini, tidak akan ada sebarang impak negatif kerana saya bukannya melakonkan babak rogol.”
sumber : http://www.ceritaapakah.com/
Tidak ada komentar :
Posting Komentar